Tuesday, May 29, 2012

menggembirakan mak dan ayah



tersentuh bile tgk tanyalah ustazah pagi...serius mmg sy nangis...
salah satu cerita yang buat saya 'meramu' air mata..(sy karangkan dengan ayat sy sendri la ye..)


situasinye adalah di majlis konvokesyen phd anak..phd tau...anak2 tu bkn lah anak2 muda..late 20, 30 camtu kan..dan mungkin ada yg 40+...kebanyakannya mereka bawak mak ayah masuk dlm dewan..


mak ayah tu tertunggu2 nama anak mereka dipanggil..xbersandar pon seorang ibu debaran menunggu nama anak mereka dipanggil..bila dipanggil sahaja nama anak itu..mleleh2 air mata ibu..setiap langkah anak, menitik la air mata ibu...bangganya ibu dan ayah bile memikirkan itu lah anak yang mereka dukung2 dulu, itu lah anak yg mereka susu kan..itu jugaklah anak yang mereka pernah pukul kerana untuk mengajar...


dan sekarang ini anak itulah yang bertanggungjawab atas setiap titisan air mata kedua ibu bapa..air mata kegembiraan..sambil mengurut perut si ibu terasa lega kerana telah 9bulan mengandungkan anak itu..biarpon lapar tunggu dalam dewan semua rasa lapar hilang terus...


lepas keluar dari dewan. panjang leher mak dan ayah nya tercari2 mana anak kami...terpancar kerisauan di wajah mereka sebab dikhuatiri xterjumpa anak...tu bukan anak kecil yg berumur 2-3 tahun..30 tahun barangkali..mata masih basah dan merah disebabkan tangisan gembira...bila ternampak anak mereka dunia bagaikan xnampak org lain dah..terus dipeluk dan cium anak itu...bangganya mak ayah mereka kan...




sedih bile terbayangkan situasi itu...ketahuilah wahai kawan, mak ayah kite bukan lah nak sgt duit gaji kite tu...cukuplah sekadar melihat anak2 berjaya, soleh dan solehah, menjadi insan berguna dan kelak dapat mendidik anak2 kejalan yang benar..ke jalan Allah...anak2 yang dapat mendoakan ibu ayah...


bila dah jadi mak ni sy dapat rasakan apa yang mak sy rase dr anak2 kecil sampai lah besar...didik anak, marahlah jika perlu, supaya anak2 menjadi insan berguna..pandai menguruskan diri, beribadah, amal ma'aruf, nahi mungkar...kalaulah suatu hari bile mak ayah dah tak ada, pandai kah anak mereka meneruskan hidup, mencari sesuap nasi, mendoakan mereka...
sejuk hati mak ayah bile memikirkan semua anak2 mereka sudah boleh diharap, berilmu, bertanggungjawab. ayah pulak, ternampak sebak diwajahnya bila seorang demi seorang anak daranya disunting org...dulu ayah sy ada 6rg anak dara..tetapi dah 2org disunting sang teruna...so skg ade 4org lagi...


wahai adik2 ku, kalian tlglah bahagiakan mak ayah eh, kakak kalian ni masih lagi berusaha menggembirakan mereka..walau apa pon mslh mereka, tp kita sebagai anak2 juga yang paling banyak boleh bahagiakan mereka...


Salwa sayang mak dan ayah..



No comments:

Post a Comment