Monday, November 22, 2010

Set Bersalin yg da disurvey


salam..
sy da survey beberape jenis product set bersalin ni..de org xamik ape2 set pon tp mengancam je..
mak kate xmo amik trus kang xsedap lak badan. tu pon ikut org kan..

yg da pnh pegi tanya2 ada lah..leesa formula, HPA, NR, AMWAY dan ade beberapa yg bg sy xbrape menarik..

skg ni bkn pk menarik je kan..yg perlu die consider:
  • sesuai dgn budget
  • sesuai untuk ibu yg nk fully bf baby
  • xla leceh sgt smpai nk kne 3jam siap kan bahan2
  • boleh ditelan lg..
  • xsembelit dan baby xcirit atau panas ke ape
  • complete dan xperlu bli mcm2 lg
sbenarnye kesesuaian tu bergantung pada badan masing2..de org A sesuai, de org B xsesuai lak..
mak kate nk amik tu mula kan dgn dos yg minimum..bile da ok br tmbh sket2..tp rase amik slow2 pon xpe dah..wat cukup syarat je..

yg da di shortlist kan adalah Set Bersalin NR dan Set Bersalin Tropical Herbs Amway..
tp belum decide lg..maklumat seperti dibwh ni..
nk amik yg mane la ye?

SET HERBANIKA BERSALIN NR

Set Bersalin Nona Roguy (NR)
Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.  Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan.
Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.

Mengandungi

    * PhytoNatal (90 biji)- dalam bentuk tablet untuk dimakan
    * Akar Herbanika (10 paket)- dalam bentuk paket  dan perlu dicampur air untuk diminum
    * Minyak Herbanika (100 ml)- minyak sapuan pada perut, pinggang dan  badan
    * Herbanika barut (krim 60gm)- sapuan pada perut dan pinggang
    * Uncang Cuci Herbanika (10 paket)- untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
    * Herbanika Lulur (100gm)-  untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

Khasiat dan Panduan Penggunaan
Barangan/Panduan Penggunaan
Khasiat
PhytoNatal (tablet) 
Hari ke 4 - 50
(atau sehingga 100 hari)

Kelawasan biasa

  • makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif )
  • makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
  • makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali sehari
  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
  • Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
Akar Herbanika (uncang)
Hari ke 1 - 50
(atau sehingga 100 hari)

  • Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4  cawan sehari.Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
  • Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  • Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
  • Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
  • Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Herbanika Barut (serbuk dan Krim)

Hari 4 - 40

  • Krim - boleh terus disapu
  • Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk  Herbanika Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang mencukupi di dalam periuk tanah.
  • Panaskan dengan api yang perlahan dan kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
  • Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut ketika suam ke  pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
  • Pakailah bengkung.
  • Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
  • Pada waktu petang, bersihkan dan pakai  semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
  • Pakai sepanjang malam.
  • Seeloknya memakai Serbuk Herbanika  Barut pada sebelah pagi dan Krim  Herbanika Barut pada sebelah petang  atau  memilih salah satu.
  • Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
  • Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
  • Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Minyak Herbanika
Hari 1 - 40
  • Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
  • Boleh digunakan sebagai minyak urut.
Bersalin secara pembedahan
  • Selama 1 bulan selepas bersalin, hanya  sapukan Minyak herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta  bahagian pinggul. 
Bengkak payudara
  • Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
  • Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke  kawasan  bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
  • Bersihkan puting sebelum menyusu bayi
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi
  • Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
  • Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah  berjalur.
  • Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan
Uncang Cuci  Herbanika (uncang)
  • Rendamkan 1 - 2 paket Uncang Cuci Herbanika ke dalam 1/2 liter air panas  mendidih. Biarkan sehingga air bertukar menjadi warna kekuningan herba.
  • Kurangkan kepanasan dengan mencampurkan sedikit air paip. Gunakan kapas untuk membersihkan bahagian sulit.
  • Keringkan dan letakkan Minyak Herbanika ke atas pad selama seminggu pertama selepas bersalin. Selepas seminggu (sembuh luka) bolehlah diletakkan Minyak Berubat Mustajab sehingga habis pantang.
  • Gunakan 2 - 3 kali sehari.
  • Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
  • Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.
Herbanika Lulur
  • 1- 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan air panas suam
  • Gunakan sebelum mandi. Lulurkan pada seluruh badan. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki dan tangan, lengan dan belakang.
  • Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena  varikos dan peluh berbau
  • Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
  • Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik 
  • Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat  saraf serta urat timbul. 
  • Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.


SET BERSALIN TROPICAL HERBS AMWAY



Set Bersalin Yang Lengkap Dengan 10 Produk Campuran Herba, Dirumus Khas Untuk Menguat Dan Mengukuhkan Dalaman Tubuh Badan Serta Mempercepatkan Proses Penyembuhan Bagi Ibu-Ibu Lepas Bersalin

Set bersalin ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Melayu untuk membantu pemulihan ibu baru semasa dalam tempoh berpantang.
Cara penggunaan sistem Tropical Herbs sangatlah mudah dan proses persediaannya pula tidaklah rumit. Ini kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia digunapakai dengan hanya memerlukan proses penyediaan yang minimum.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs ini boleh juga digunakan oleh ibu-ibu yang bersalin melalui cara pembedahan (caesarean)-selepas sebulan kelahiran.

Kandungan Di Dalam Set
Set lengkap ini mengandungi 10 produk untuk diamalkan oleh si ibu dan bayi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Dua product untuk dimakan (untuk dalaman):
  • Teh Herba: Herbal Tea (10 Sachet) - melancarkan edaran darah - dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka.
  • Kapsul Lepas Bersalin: Kapsul after birth 1 & 2 (60 biji setiap botol) - bertindak memulihkan tenaga dan kesihatan ibu disamping memperbanyak air susu .
2. Lapan product untuk kegunaan luaran:
  • Herba Pembersih Wanita: Herbal Douch (20 sachet) - yang bertindak membersihkan bahagian peranakkan .
  • Herba Mandian: Herbal Bath (20 sachet) - sebagai mandian untuk membersih dan mengharumkan badan .
  • Minyak Urut Herba: Herbal massage oil (1 botol) - untuk tujuan urutan badan semasa pantang .
  • Minyak Bayi: Baby oil (1 botol) - mengelakkan perut bayi - dari masuk angin.
  • Campuran Peramping Perut: Firming Herbal Blend (20 peket) - mengemaskan bahagian perut .
  • Campuran Penghangat Badan: Warming Herbal Blend (15 peket) - memanaskan badan dan membuang lebihan air dalam badan .
  • Campuran Penenang: Calming Herbal Blend (15 peket) - melegakan sakit kepala .
  • Bengkung (percuma) : untuk ibu
infonye dipetik dari sini:
* NR
* AMWAY

5 comments:

  1. saye pilih NR sebab initial Nur Ruzana :P....
    wah...ini kene tanye org da penah pakai ni...kang ade side effect kang...sian baby...

    ReplyDelete
  2. sbb dua2 ni da jumpe org yg pnh pkai dan dah google pendpt2 org cam ok...cume pk nk bli ke x tkt xrajin nk pkai..klu tanye mak, dlu2 pkai ubt kampung (sudah direject sbb tkt)..ayah soh mkn vitamin biase2 je..

    ReplyDelete
  3. mama na pon dlu pesan kat adik pompuan...jangan makan jamu sampai lom abes pantang..die soh mkn kampong2..bengkung2 kuat2..renjis2 d pilis kat dahi...so tatau nak bg pendapat...sebab rase2 nnt na pon dalam 2bln pantang xmkn pape kot..ma pon soh caik vit biase2 cam C..B..itu je..

    ReplyDelete
  4. i guna amway..baru je habis pantang...sgt best! :)

    ReplyDelete