Thursday, April 29, 2010

+ve...weak +ve....and big fat +ve

untuk yg TTC and ade wat research tau la aku term2 yg aku guna kan. sape yg xtau sila wat xtau je la..

tetibe rase xtau cane nk mule lak. hehe..
mulenye aku terpk nk bli HPT tu sbb tetibe rase loya2 je..tp lom delay lg. dari ape yg aku baca clearblue punye accurate sgt walopon de yg test before delay pon leh +ve. 
aku beli test tu mase 13DPO. tp yg rase xslesa ditekak tu start 12DPO..tp mls nk test awal2.
da beli tu test la esoknye yakni 14DPO. hasilnye: 
tp yg ni result lom delay p lg senarnye. gatal p test awal. asalnye xmo ngk. soh hubby yg tgkkan..pastu die xreti tgk lak. aku btau klu + tu +ve la..klu - tu -ve la...die xreti jugak..sbb ade dua tmpat nk tgk..last2 aku tgk sendri..hehe..Alhamdulillah, air mata kegirangan mengalir setitis..Terima Kasih Ya Allah.

Few days after tu cek lg skali senarnye. tkt mende tu tipu. sbb lepas je da +ve tu trus la p doctor nk sah kan. tp doctor lak pkai brand cap ayam yg xleh detect klu awal2 pregnant. pastu die kuar result very weak +ve dan die xleh confirm kan...sedih seketika tp aku percaya pada result yg da positive tu. doctor soh mai blk next weeknye sbb die nk scan skali. pastu aku test lg kat umah nk kepastian..kali ni aku beli cap ayam lak...xde la cap ayam sgt pon..cap guardian senarnye..+ve lg..sinar2 kebahagian terpancar kat stick tu..huhuhu..tp yg kali ni mmg BFP la..

Da confirm ngn doctor gomen selasa aritu dan da confirm ngn doctor private hospital siang td. harap2 baby mama membesar dgn sehat ye sayang. insyaAllah.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Alhamdulillah...It's positive!

Syukur alhamdulillah. Aku da pregnant blk. Doctor pesan klu nk preggy blk after miscarriage lepas period skali da leh dah...tp org tua2 lak kate tgu 3bln,ade yg kate tgu 6bln..bagi rahim betul2 recover. tp badan kite, kite la yg lebih tau..
Yang dah berlalu dulu aku da anggap xde rezeki aku lg time tu..Allah lebih mengetahui.

Setelah pengalaman dulu tu, kali ni aku akan lebih berhati2, xnk travel kemane sgt sbb aku tau badan aku xsekuat2 ibu2 lain. lg aku ni lasak and ligat sket orgnye..da mcm budak2 lak..tp skg ni kne kurangkan aktif.

ekceli, keje umah skg ni pon da xwat sgt dah. hubby yg byk tolong..mane yg aku mampu aku wat la lg. klu dlu aku bantai je wat sume..tp skg ni asik xlarat je, cemane nk wat keje. blk keje pon rase menggigil je..nmpk katil trus nk baring. serius lemah je rase. laptop pon da xbwk sendiri g keje. seb bek seopis ngn hubby. die la yg tlg pikul kan 2laptop skali..SYG DIE..mmuahhh!

Aku lom announce lg kat org2 aku preggy ni. cume sape2 yg terlalu kat si BUSUK ni ngn terperasan kat FB aku tu die tau la..ade pon yg da wish tahniah. tq sume..doakan kesejahteraan dan kesihatan mama dan baby mama eh. family membe kebanyakannye da tau. rmai yg pesan soh jaga diri, jaga makan.
nak cite psl yg aku wat pregnancy test next post la kot..pjg citenye..

Kdg2 aku rase org xphm kan keadaan kite. bile kite lemah, kite kate xlarat. ade yg igt kite ni ngade2 la.de yg kate "sedare aku pregnant dlu lincah je die..larat je".tp percayalah setiap org tu lain2. Allah jd kan manusia ni ada kelebihan dan kekurangannye.

Wednesday, April 28, 2010

Doa & Amalan untuk itu.. bace la dlu br tau untuk ape..

Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

  1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
  2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
  3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
  4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
  5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
a. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Note: Petikan dari forward email.

Saturday, April 24, 2010

RaSe Nk tUkA tEmA

SeJaK sEmaLaM LaGi rAsE mCm nK tUkA TeMa iSi bLoG Ni. 
sEbeLuM ni CeRiTa PsL kAwEn-kAwEnaN sBb nK kAwEn mAsE tU.
SeGaLa iNsPiraSi dAn tips2 SuKe jE nK sHarE nGan sUme wAloPon xLa bYk ManA pOn.
sbEnArnYe oRg Tgk PoN bOriNg jE bLoGkU iNi...
tP cUkUp La Utk BaNtU oRg2 yG tAnYa sY dLu kaN pSL hAL kAwEn NiKaH ni.

tEmA bArU yG aKaN sY tUkA ni iAlaH:  

nExT weEk nExT pOsT La sY bTaU..hUhUhU



 p/S: SeNaRnYe xDe iDeA dA..mLs Nk TuLiH dAh..

Friday, April 23, 2010

MaCaM dAh BerTaHun

Salam sume, rase mcm da bertahun xjenguk si busuk ni...

nak kate bz jd isteri ade je mase jenguk FB..mungkin leh dikatakan bz menggoogle, chating ngn Didie..
keje pon bz jugak la..xde mood nk menaip pon salah satu penyumbang ke arah mlsnye nk mengapdet blog la..

dlm masa yg sama ade jugak la dok pk nk share story ngn sume org ke x...rase mcm peribadi sket xde la nk share...tp luahan tu dpt menenangkan jiwa sket2..

alhamdulillah lepas bergelar isteri 6bulan ni rase mcm happy sgt...
kdg2 bile manatap wajah hubby tersayang tu rase bersyukur sgt sbb die merupakan jodohku..
rase mcm baik burukku die leh trima...nangis tawaku die leh layan...
dialah lelaki pertama yg berjaya menambat hatiku..Noor Fazli Bin Azman

kdg2 aku ni jenis kuat merajuk, bile merajuk tu xpk ape dah...tp apa yg aku harapkan cume belaian dan pujukan dr die je...tu pon da ckup mencair kan hati ini...huaaa...

bile duduk termenung ala-ala muhasabah gtu br teringat yg aku ni da kawen ye..bkn bujang lg...kne la jd matang sket....xmo nangis2 dah, xmo manje2 lg...nak jd mama kne jd matang, bina sifat2 keibuan, awww...

Ya Allah, bantulah Salwani untuk menjadi seorang isteri mithali, isteri yg solehah yg taat pada perintah Allah dan perintah Suami. Jd kan lah Salwani seorg isteri dan ibu yang bertanggung jawab serta dapat membentuk dan membahagiakan keluarganya sehingga ke akhir hayat...aminn..
(lap air mata..)

ayah slalu pesan perbanyakkan bace ayat-ayat suci Al-Quran...bace la skurang2 nye 2potong ayat sehari..
klu lama sgt xbace Quran takut hati tu gelap...klu nk ktenangan bace la Quran..mmg btol2 sy akui mmg sgt tenang...
selain tu perbanyakkan menuntut ilmu akhirat jugak...biar seimbang dgn ilmu duniawi...
sebagai org perempuan yg sudah berkahwin, tanggungjawab lelaki tuk memimpin. ayah kate pompuan kan xpegi solat jumaat, so jarang la dgr tazkirah/khutbah. itu la gunanye lelaki membimbing isteri dari lalai dan leka dgn hiburan duniawi..
kalau la tempat keje skg mcm kat MIMOS dlu ade tazkirah setiap kali before Zohor mmg sy akan join..sekadar menuntut ilmu dan peringatan utk kite..

da nk msk separuh abad pon umurku..alhamdulillah Allah memberiku nikmat hidup didunia ini sehingga hari ini..
syukur...

Tuesday, April 20, 2010

My DrEaM hOuSe

  • lepas da abes skola...masuk universiti..becinta jugak la
  • lepas masuk unibersiti...p keje..
  • lepas da keje ade gaji...beli la keta (eh xmo la)..simpan wet tuk masa depan..
  • bile da stabil simpanan...leh la kawen..
  • lepas da kawen...mula lah langkah bina keluarga...disini bermulanya hidup baru..

bile dah jd husband & wife nk la ade umah sendri kan..larat nk menyewa je..
dah la umah mahal..mase ni mula la kesana sini cari umah..

ekceli xkesah pon umah tu kat mana..
asalkan teratak tu dpt la keluarga br sy ni berteduh dgn hasil titik peluh kami sendri..
 (xde la ktorg bina sendri kan)

alhamdulillah, da sampai seru pon kami beli umah sendiri...
"+" decide dah
"+" booking dah..
"+" loan approved
"+" sain S&P dah
"+" down payment sedang bayo..tersemput2
"+" insyaAllah next year dpt la merasa berpijak di tanah sendri..

tang nk isi rumah tu pon siap la duit...tp xpe la..pelan2 kayuh...
simpan la duit dr skg...mane yg ckup je beli dlu..yg xckup tunda lain tahun..

sementara ni tetiap bulan mmg duit ckup2 je la...org kate biase la br2 kawen mmg ekonomi kne pndai manage...alhamdulillah masih lg bole mkn secara sederhana...xharap pon yg mewah2..
semoga semuanya dipermudahkan dan lancar...aminnn

Wednesday, April 14, 2010

Happy Birthday to  
SiTi NaDiRaH aka wife Adam aka DidiE

semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah

::aku nk imbau sket knangan zaman remaja kite::
  • pecaya x kite dah berkawan dr thn 1998 smpai skg da lebih 10thn pon
  • same2 membesar kat bumi hamidiah dlu walopon kite xla membesar sgt
  • kite ade tagline sendri, password sendri, lagu siap cipta tu..tp xigt dah
  • slalunye ko la yg tlg aku time pendidikan seni punye homework (sy xsuke seni..halus sgt..yax) - ko wat kan gamba ikan, tiru gamba aladin, men crayon la mende tu sume..
  • kite dlu ade msk belakon atas pentas tu ape namenye (pentomen ke ape tah..erk, asal mcm ultramen), rase mcm sengal je kite kan...
  • time f1 kite suke bg name kat se***r2 kite tu...batik, sayor, iah, ape lg eh
  • time f1 kite skelas, lepastu f4 pulak smpai f5...kite same2 naik p sains kan? (result PMR aku xbest)
  • kite main2 time f4, slongkar beg lombong la, meja dak lain la..
  • pastu ko tdo dlm kelas aku jd tukang kejut klu cikgu dtg
  • mase aku da jd outsider, ko fly ikut aku blk umah kite mkn ayam smpai sekor
  • ko jd cam nadi aku mase aku nikah dlu tu...seb bek ade ko..klu aku sorg2 terkontang kanting la aku...
  • byk lg la kenangan kite wat aku xleh lupe kisah hingusan kite dlu..