Thursday, July 23, 2009

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina?

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .


Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh, sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya. Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

katalah abg ipar ada adik ipar perempuan, adik isteri dia. walaupun menjadi ahli keluarga,

  1. tetap bukan muhrim. kena tutup aurat tak boleh salam.
  2. Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita”. Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: “Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?’. Rasulullah SAW menjawab: “Ipar itu maut”. (Riwayat Nasai)

Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

sumber:
http://dupahang.wordpress.com/2009/06/03/aurat-abang-ipar-dengan-adik-ipar/

dan website ini:

http://2×5.via.my/2009/05/aurat-wanita-dengan-iparnya-yang.html

No comments:

Post a Comment