Saturday, April 4, 2009

Tips memilih tema perkahwinan..


Ikut kan nk pilih kaler tema bukan la satu yg ssh sgt. slalu tu jd cam sshnye tu sbb byk2 sgt kaler yg cantik kat dunia ni...kalo nk pilih sume kang mcm badut pulak nt..so ni ade tips yg sy nk kongsikan. kalo smpai da buntu sgt cube kait kan kaler yg anda nk pilih dgn unsur2 berikut:
  1. Busana pengantin
    Jika anda bercadang untuk menggunakan warna tema dalam busana pengantin, pastikan kulit anda dan pasangan sesuai dengan warna tersebut. Jika anda sukakan warna oren (yang biasanya agak menyilaukan mata), pastikan pasangan anda tidak terlalu gelap orangnya. Takut-takut orang tak kenal yang mana satu pasangan pengantin anda. (laaa…itu ke orangnya???)Selain tu, tetamu anda juga akan dapat mengetahui warna tema majlis, berdasarkan warna busana pengantin. Daripada trend masa kini, saya melihat warna busana seperti; putih, krim dan silver sesuai untuk apa sahaja jenis warna tema yang anda pilih. Gabungan 2 warna dalam satu busana juga boleh menyerikan lagi penampilan anda. Tapi, pastikan yang anda telah melihat contoh the real busana terlebih dahulu, sebelum menempah atau menyewanya.
  2. Hiasan lokasi
    Merangkumi hiasan kanopi atau dewan, hiasan meja, riben pembalut kerusi, bilik tidur , dan lain-lain. Kebiasannya, jika majlis anda mempunyai warna tema, tidak boleh tidak, hiasannya pasti ada kaitan dengan warna tersebut.
  3. Makanan & minuman
    Seperti; Warna icing yang digunakan untuk kek dan cupcakes, sedikit pewarna yang digunakan untuk hidangan nasi, minuman berwarna biru (untuk majlis bertemakan biru) dll
  4. Hantaran & Cenderahati perkahwinan
    Hiasan hantaran , beg cenderahati tetamu , kotak atau bekas meletakkan cenderahati, dan mungkin cenderahati itu sendiri mempunyai unsur warna tema.
  5. Baju pengapit pengantin & ahli keluarga
    Baju mereka tidak seharusnya sama dengan pengantin, kerana ia boleh menenggelamkan keserian pengantin. Contoh yang mungkin boleh digunakan, jika warna tema ialah pink. Pengantin boleh gunakan warna pink gelap, manakala ahli keluarga mengenakan pink cerah.Atau, mereka juga boleh mengenakan warna tema kedua seperti; jika warna temanya hijau dan krim, pengantin hijau, pengapit dan ahli keluarga mengenakan pakaian krim .
  6. Bunga
    Warna bunga yang digunakan untuk hiasan dewan, hiasan meja, pintu gerbang, bunga manggar dsb.
  7. Kad jemputan
    Ia jarang dilakukan lagi pada masa sekarang. Tetapi tidak salah jika anda ingin memberikan gambaran warna tema kepada para jemputan sebelum mereka datang ke majlis anda.

No comments:

Post a Comment