Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Thursday, November 26, 2009

Impak minima

igt kan nk mengadap mende ni skejap je...skali da teredit sket trus kne edit byk..
lari abes sume2 font la, size la, line la.. mmg cam belacan dah..

ni je la yg dpt diselamat kan...ikot kan ade je yg da back up tp mls lak nk ngk yg lame..
tetibe yg ni jd semak semacam lak blogku ini...


Tuesday, November 24, 2009

tentatif majlis resepsi

tentatif sepatutnye mmg kne rangka walopon kdg2 de yg xikut..
ini utk mengelakkan kelam kabut smpai xtau nk p mane nt...
mase tu la mula nk lawan tarik tali mane nk wat dlu...


de yg kate amik gamba dlu, de yg kata makan dlu la..mcm2..
tp biase nye walopon da rancang slalunye tetap lintang pukang...hohoho...

da rase pn mase jd pengapit dlu time wedding kakak sendri...
cam hamcus...xde protokol...


patutnye kne wat rehearsal dlu..
biase wat program mase study dlu 10hari 10mlm wat rehearsal..

br konfiden sume smooth je..

rancangnye camni...

1030 : pengantin mule bersiap
(make-up, bj sanding, pose make-up)

1100 : kehadiran tetamu... tetamu da bole start mkn..
1200 : peak time org da start ramai..
1317 : masuknya waktu solat fardu zohor
1318 : pengantin sile solat dulu ye..
1330 : ketibaan pengantin dan rombongan pengantin lelaki
1345 : bacaan doa pembuka majlis dan doa makan
(trus p mkn sbb xde tepung tawar)

1400 : makan beradap
1430 : Group photo
(rombongan pihak laki, sdare mare, kwn2 etc)

1500 : layan tetamu
1530 : Tukar baju utk sesi potong kek
(sape yg stay smpai petang dpt la join)

1545 : layan tetamu dan amik2 gamba ngn tetamu/sdare
1600 : aktiviti bebas
1639 : masuknya waktu solat fardu asar
1650 : pengantin p solat asar dlu...asar xelok lewat2 kan
1700 : leh prepare tuk outdoor photo shoot pulak
1800 : sumenye selesai dengan selamat insyaAllah..

Kehilangan


Apa yg kt alami
Apa yg kt jalani
Walau setitik
Walau setepi
Berhimpitan antara kata kata
Yang tidak terucap..

Kata berganti tangis
Mimpi terhenti,ketika tiba dipersimpangan..
Ruang gelap
Cahaya hanya dari hatiku
Bersinar.
Menanti sang hati yg pergi...

xtau knape mood nk berpuisi lak...huhuhuhu..

mungkin kerana kehilangan kot...

Wednesday, November 4, 2009

Majlis Pernikahan Fazli & Salwani


Our Hantaran + Bilik + Pelamin

Ni lah gamba barisan hantaran yg ade dlm simpanan sy...
belum dpt lg dr photographer...

For HIM

For HER

dan ini lah pelamin dan bilik yang sy dan rakan2 kesayanganku yg same2 siap kan...

[hatikata: xsangka mendeco2 ni da lepas...rase tringin nk wat lg sbb time ni mmg xleh nk wat sendri..kwn2 je yg tlg wat..sendri gigil/gugup/xkeruan xleh wat mende]

Tuesday, November 3, 2009

[JB's event] Wedding Invitation ~ Fazli dan Salwani~

{invite on behalf of Fazli}

Salam & Hello everybody..

The time has come…=)

A perfect shell is a gift from the sea as beautiful & unique…as our marriage meant to be….a fresh day, and it is ours, a day of happy beginning and we invite you to be part of celebrations

Cordially request the honor of your presence to grace the joyous and auspicious occasion of our wedding on 7th November 2009..


Venue : No 5, Jalan Lembah 36, Taman Desa Jaya, 81100 JB, Johor

Time : 11 AM – 5 PM

For details, kindly visit our page at:

http://www.wix.com/FazliSalwani/eseel

*_download map
*_photo
*_detail about majlis
*_etc


wix icon

Saturday, October 31, 2009

Why am i crying?


Kenape ye sy nangis tatkala akad nikah tu? erm, byk sebabnye...ikut kan sminggu sbelum tu lg dok bersedih..sedih sgt2..
hati xtenang, makan xlalu, tdo xlena....

air mata yg keluar tu lah air mata gembira, terharu, sedih dan mcm2 lg bercampor baur...

*_berubahnye tanggungjawab sy.."ISTERI"

*_berubahnye title cik ke puan

*_akhirnye kami selamat diijab kabul kan...

*_semasa akad tu perasaan sgt sebak bile ayah menyerahkan anaknye kepada seorang jejaka bernama suami..

*_walopon xputus pn pertalian ngn kwn2, tp rase mcm jauh sket ngn kwn2 bile dah kawen...tp xpon..dorg tetap dihati ku...syg GBS

*_debaran yg xtau ape sebabnye..

*_alhamdulillah semuanya berjalan lancar..syukur sgt..bersatunye 2hati..

xbujang dah...

Lame lak xupdate blog busuk ni...skg dok bz nk prepare tuk majlis, xterupdate2 blog ni..

nt ade mase nk msk kan pic nikah aritu..ohye, leh je visit my picasa ada byk pic dr kwn2 gak:

Salwani's picasa album

and also

Sireh The Wedding Journal FP

Monday, September 28, 2009

Zaman bujang...

ini la nk tambah di saat2 jd cik...tlg la sume org pgl sy cik skrg ni..nt rindu nk soh pgl cik dah...

sy amat la berdebar dan sedih dan gembira dan campo2...mcm ais kacang dah ni...

yg sedihnye..
mak, ayah, salwa still anak mak ayah tau..walopon da kawen tanggung jawab pada suami dah nt...tp mak tegur la mane2 salah silap, nasihat la ape2 yg patut...salwa bkn dibawa lari org tau...

yg berdebarnye...
mase nk ijab kabul nt...dengan lafaz itu lah membawa aku ke dunia yg baru...nk kate tutup buku lame tu xla...tp perlu memikul tanggungjawab yg baru bersama seorang lelaki yg bernama suami..
Ya Allah, permudahkan lah segalanya..berkatilah perkahwinan kami..aminnn

yg gembira....
berkembangnye keluarga kami..iaitu keluarga En Hj Ibrahim Long dan keluarga En Azman Rahmat....serta bakal terbinanya satu lg masjid...

yg terharu...
rakan2 yg memberi sokongan yg kuat...
rakan2 maahadku/geng bas skola, korg mmg super duper aku syg...aku rase xterbalas budi baik korg...jgn lupe aku sentiasa ada utk membantu korg jua bile2 masa pn...
rakan2 SEC yg menyokong serta sentiasa mendoakan kebahagiaan kami..
rakan2 intel, yg slalu mambantu melayan kerenah dan menasihati sy dr semua segi...
xlupe juga...mary, nasihat2 yg berguna dr mary dan juga sokongan moral dr mary juga memberi kesan mendalam...rindu mary...hohoho...
dan rakan2 lain yg secara langsung dan xlangsung...sgt rase nk guling2 terharu..

Friday, September 25, 2009

::TeNtAtiVe MaJLiS aKaD niKaH::

SaLam SuMe,

PeCaYe Ke x Skg Ni tGL 5 HaRi Lg woo...tp KeNe KeJe Lg 2 hAri Ni...AduSh! GiLe La XLeh FoKuS Beb..mCm aDe KuNaNg2 dLm kPaLa...

uTk NiKah PuNye TenTative ni dRaft yG da diBuaT bEbEraPa bULan LaLu McM Ni hA:-

- Hari Nikah - (1 Oct 2009, 9pm )

1.Make up
2.Ketibaan Pengantin
3.Pemeriksaan borang-borang dan tandatangan bersama Tok Kadi
4.Tazkirah/Khutbah
5.Akad Nikah
6.Tandatangan borang
7.Doa
8.Penyerahan Mas Kahwin
9.Batal air sembahyang - sarung cincin / gelang / rantai
10.Cium tangan dan dahi
11.Group Photo (masjid or umah)
12.Makan2 kat Umah
13.Posing Indoor / Outdoor (umah)


TaPi Mcm Xde UbaH mEnDe Pn Lg..lOm FiNaLizE Lg..

SiMpLe CheCkLiSt tUk MaJLis AkaD ni:

alaMak, Nt La tAmBaH yG ni..HoHoH0HOH0H0

Thursday, September 24, 2009

::bErhAri RaYa::

xByK pN beRgAmBa diHaRi RaYa iNi..mAkAn Je ByK kOt..hUhUhUhU..

GaMbA SiKiT SaJa \('o')/

{kAmi Yg BeRaYa BerSaMa}

::A.Y.A.H::
::E.M.A.K::
A.B.G R.E.D.Z.A::K.A.K N.A.N.I::A.R.F.A
::S.A.L.W.A.N.I::
::F.A.U.Z.A.N.I::
::L.I.N.A::N.A.Z.I.H.A.H::::A.I.D.A::F.A.Q.I.H.A.H::
{yG TiDaK BeRaYa beRsAMa}

::B.A.H.I.R.A.H::
sTudY rAjIn2..SeLamAt HaRi RaYa dR KaMi di BuMi mALaYsiA..
MiSs U! MmUaHHh 3000X

Monday, September 14, 2009

Dup Dap Dup Dap..adoyai

"Bergetar dengan lebih kencang seperti genderang mau perang"


debar seyh...bile mau siap hantaran ni...mane nk cr inai...jahit lgsir..adoyai..
kalut-kalut

Kad Jemputan perkahwinan...

Kepada kwn2, rakan2, teman2, sahabat handai, saudara mara dan sesiapa saja..
kad sudah siap printing...insyaAllah akan diedarkan dlm bln 11 and bulan 12..bln10 awai sgt lak..tkt nt lupe..lega sket bile itu da siap...

Tempah di kadkahwinku.com

Sunday, August 30, 2009

Cake...Hantaran...

Mane nk tempah kek ni..patutnye hantaran da kne wat ni...tp kek xtempah lg..da betanye byk tmpt tp asal la xkonfem2 kan lg..TOLOOOOOONG!!!!!!!!

Friday, August 21, 2009

Budget perkahwinan..

Sejak beberapa bulan yang lalu lg dok mengadap budget kahwin ni...
itu la yg plg perlu tersusun...klu kite pn serabut mesti budget tu pn serabut..
utk org yg byk wet xla pening ngn budget kot...tp klu grand2 pn kne ade budget planning gak kot..mcm sy ni leh wat sederhana je la..tkt lepas kawin org len mkn nasik, sy mkn asap..

ade la dpt beberapa checklist and budget tracking yang sy dpt dr kwn2 n dr intenet..
dari sumber2 inspirasi tu lah sy come out sendri punye budget tracking & checklist tu..

tp ni sy list down inspirasi yang digunakan tu:

1. Budget perkahwinan 1 - compact list

2. Budget perkahwinan 2 - belanja kawin + mcm checklist

3. Budget perkahwinan 3 - pengantin lelaki

4. Budget perkahwinan 4 - pengantin perempuan

5. Budget perkahwinan 5 - ini template je,kne isi

6. Checklist bg pengantin melayu


Tuesday, August 18, 2009

Tempah menempah..

Stakat yg udah ditempah ni..

1. Baju+Accessories + Pelamin
------------------------------------------
a. Nikah (No pelamin)
Status Tempah= Dah
Siap = Dah
Tailor = Butik Anggerik
Accessories = Enalyn Andaman
*********************************
b. Reception (Request baju baru)
Status Tempah = Dah
Nama butik = Enalyn Andaman Bangi *********************************
c. Bertandang (tersebok2 walopon ni patut belah laki setel..huhu)
Status Tempah = Dah
Nama Butik = D'Lela Bridal House & Collection Johor Bahru::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
2. Jurusolek
-------------------
a. Nikah + Reception
Status Tempah = Dah
Jurusolek = MakCik (adik ayah)
*********************************
b. Bertandang
Status Tempah = Dah
Nama Butik = D'Lela Bridal House & Collection Johor Bahru
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
3. Kad jemputan kahwin + bunting
------------------------------------------------
Status Tempah = Dah
Company = kad kahwinku Kajang
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
4. Official Photographer (3 event)
--------------------------------------------
Status Tempah = Dah
Photographer = Sireh The Wedding Journal:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
5. Reception Caterer+Kusi Meja+Hiasan Dewan
----------------------------
Status Tempah = Dah
Caterer = Farah Catering & Canopy:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
6. Dewan
----------------------------
Status Tempah = Dah
Nama Dewan = Dewan IKBN, Dusun Tua

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
7. Bridesmaid (ini pn msk list tempah..ahaks)
----------------------------
a. Reception
Status Tempah = Dah
Siapa = Kema*********************************
b. Bertandang
Status Tempah = Dah
Siapa = Shakirah

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
8. PA System+DJ
----------------------------
Status Tempah = sudah
Nama company = Ikhwan Timur, Gombak
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
9. Kompang
----------------------------
Status Tempah = Sudah
Nama grup = kompang ribu-ribu
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ape ye lg..nt la klu terpk br update lg

Saturday, August 15, 2009

Anemia (info tuk Salwani)

Apakah Anemia?

Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Penyebab anemia
  1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
    • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

  2. Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum.

    Ini mungkin disebabkan oleh :

    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
    • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
    • Ganguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.

  3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.

    Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.

    Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :

    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia.

Simptom dan gejala

Ramai dewasa menghidapi anaemia tanpa disedari.

Simptom termasuk :

  • Keletihan setiap masa.
  • Pening.
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
  • Kulit pucat.
  • Kadar denyutan jantung yang cepat.
  • Kurang daya ingatan.
  • Kehilangan berat badan.

Komplikasi

Anaemia yang teruk boleh menyebabkan :

  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.

Rawatan

Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan bergantung kepada jenis anaemia yang dihadapi :

  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil supplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :

  • Adalah disyorkan agar pil supplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.

Jadual 1 : Kandungan zat besi dalam makanan

Makanan

Saiz Hidangan

Zat besi (mg)

Hati, Ayam

105g

12.8

Peha ayam

125g

1.0

Daging lembu tanpa lemak

268g

5.9

Hati, Lembu

124g

11.1

Tuna

90g

1.1

Kerang

86g (10 biji kerang)

2.0

Paru

92g

7.7

Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes)

¾ cawan

18

Oatmeal

1 cawan

10

Tauhu

1/2 cawan

3.4

Kacang tanah

1 cawan

6.6

Bayam

½ cawan

3.2

Kismis

½ cawan

1.5

Roti

1 keping

0.9

Nasi

1 cawan

0.3

Rujukan: Malaysian Dietary Guidelines 2005

Sumber dari : Portal MyHealth

Friday, August 14, 2009

Love to see them smilling all the time..














Homesick...rasa mcm nk berlari blk umah..tp penang-KL jauh...
rindu kat Mak ngn Ayah...xtau la nape sdih sgt smpai ssh nk menaip..
kepada kwn2 dan sesiape saje..pls appreciate your parent...syg lah mereka dan jagalah mereka sebaik2 nye...

Tuesday, August 11, 2009

Time to update..plz update your blog my friends..

Dear all,
if your PC can talk between them (monitor,speaker,CPU,mouse,keyboard)...
they will remind me also

Every day is Tired Day..


Monday = Very tired
Tuesday = Soo Tired
Wednesday = Tired...(meeting day)
Thursday = Little Tired
Friday = Yahoo...not tired at all..
Saturday = Very2 energetic
Sunday = almost into tired zone..

Information - Nilai Mas Kahwin ikut negeri seluruh Malaysia

Klik la kat table bwh ni kalau nk tgk lebih jelas..
sumber dr : Portal Rasmi JAKIM




Sunday, August 9, 2009

The Cute Princess..mmuahhh

Membesar dgn sihat ye sayang dan jadilah muslimah yg solehah, berguna dan berjaya..insyaAllah


Ayah+Arfa(tokwan dan cucu sulung)..

KakNani+Arfa
(muke sama)...




abg redza+Arfa
(iras2 pada hidung dan dahi)









Ummi Salwa dan Arfa..
waaa..rindunye nk blk umah

Saturday, August 8, 2009

Saturday, August 1, 2009

Nikah...Nikah...Nikah

Sejak kebelakangan ni ramai pulak yg dtg bertanya kat sy..

A: Sal, ko nk nikah bile?
B: Tarikh nikah bile Wani?
C: Kakwa, tarikh da konfem kan?
D: Salwa, nikah lepas raya ek?
E: Salwani da nk nikah? bp hb?


Bagi menjawab soklan2 tersebut, disini sy bgtau secara officialnye kat blog ni.

Tarikh : 1 October 2009 bersamaan 12 Syawal 1430
Hari: Khamis
Jam : 9.00mlm (after isyak)
Tempat: Masjid Al-Ehsan Sungai Serai Hulu Langat


Untuk makluman sume, sy wat nikah dlu dan lepas sbulan br kenduri. kad akan diedarkan selepas majlis akad nikah ek..so kwn2 tgu la ye sy edarkan kad.

Wednesday, July 29, 2009

P . E . N . I . N . G

Hari ini adalah hari pening....arghh...
ape nk wat ni...sangat pening..

Tuesday, July 28, 2009

Doa utk ibu bapa


Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..



Renungan :

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah,Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.

Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan didunia ini...

artikel dari www.mymasjid.com.my

Thursday, July 23, 2009

Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina?

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .


Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh, sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya. Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

katalah abg ipar ada adik ipar perempuan, adik isteri dia. walaupun menjadi ahli keluarga,

  1. tetap bukan muhrim. kena tutup aurat tak boleh salam.
  2. Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita”. Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: “Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?’. Rasulullah SAW menjawab: “Ipar itu maut”. (Riwayat Nasai)

Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

sumber:
http://dupahang.wordpress.com/2009/06/03/aurat-abang-ipar-dengan-adik-ipar/

dan website ini:

http://2×5.via.my/2009/05/aurat-wanita-dengan-iparnya-yang.html

Friday, July 17, 2009

The Twilight SAGA New Moon Trailer (26/11/2009)


After Bella recovers from the vampire attack that almost takes her life, she looks to celebrate her birthday with Edward and his family. However, a minor accident during the festivities results in Bella's blood being shed, a sight that proves too intense for the Cullens, who decide to leave the town of Forks in Washington, for Bella and Edward's sake. Initially heartbroken, Bella finds a form of comfort in reckless living, as well as an even closer friendship with Jacob Black. Danger in different forms awaits.






Genre:
Drama / Romance
General Release Date: 26 Nov 2009
Running Time:
Distributor: Tayangan Unggul
Cast: Kristen Stewart, Robert Pattinson
Director: Chris Weitz

Thursday, July 16, 2009

Sunglasses bkn skadar fesyen utk ke 'mahkamah syariah', tapi aksesori wajib trend fesyen masa kini

KACA mata hitam selain berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari, ia juga menjadi simbol fesyen yang wajib dimiliki.


Menurut Pakar Perunding Fesyen, Faizal Hamid, kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian daripada jenama mewah tapi tidak mampu dimiliki disebabkan harga yang tinggi melampau.


"Sememangnya kasut, alat solek atau wangian berjenama masih lagi dalam lingkungan produk yang boleh dimiliki kebanyakan kita tetapi ia tidak mempunyai impak segera (instant impact) seperti yang boleh dilihat apabila anda memakai kaca mata hitam berjenama antarabangsa.
"Kaca mata hitam bukan hanya boleh memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada malahan ia adalah satu cara yang paling ekonomi untuk kita mengikut peredaran gaya ataupun tren terkini,"

Katanya, pencinta fesyen menggunakan kaca mata bukan saja sebagai membuktikan mereka mendapat kelebihan daripada penggunaan barangan berkenaan tapi juga untuk menunjukkan impak daripada pemakaian kaca mata hitam itu.




"Kini lebih banyak lagi jenama kaca mata hitam yang tidak begitu mahal ada di pasaran dibandingkan dengan kategori aksesori yang lain. Sememangnya kaca mata hitam punyai pelbagai pilihan rekaan dalam bentuk, saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai cita rasa semua individu," katanya.

Pembeli tidak lagi membeli kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV kerana tarikan kaca mata hitam bersaiz besar menjadi kegilaan mencerminkan keperluan untuk penjagaan mata dalam gaya baru yang lebih hangat.


"Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe," katanya.

Faizal mengingatkan pencinta fesyen supaya mendapatkan kaca mata hitam berjenama semasa ia masih dalam lingkungan harga yang berpatutan sebelum ia tersenarai di dalam kategori barangan mewah yang tidak mampu dimiliki suatu masa nanti.

"Jika anda tidak percaya lihat saja kaca mata hitam edisi terhad Bottega Veneta yang bingkainya diperbuat daripada tanduk semula jadi. Ia bahan yang paling eksklusif dan unik malah ada juga jenama terkenal yang menghiasi koleksi kaca mata hitam jenama mereka penuh dengan butiran berlian.
"Rekaan yang hebat ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit tapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit," katanya.

Memilih kaca mata hitam

Ramai tidak menyedari kacamata yang dijual di pasaran boleh dibezakan kegunaannya berdasarkan warna lensa, bentuk bingkai dan jenis cermin.

Menurut Pengurus Pemasaran City Chain Sdn Bhd, Chang Suling, seseorang yang berhasrat membeli cermin mata hitam perlu memastikan keperluannya sama ada untuk gaya, aktiviti luar atau dalam bangunan.

"Lensa berwarna gelap seperti hijau gelap, coklat dan kelabu antara pilihan paling popular sesuai aktiviti siang misalnya ketika pemanduan manakala lensa warna cerah khusus untuk waktu malam.

"Bagaimanapun, lensa dua tona kini menjadi pilihan ramai penggemar kaca mata hitam kerana ia boleh digunakan untuk aktiviti di sebelah malam atau siang hari," katanya.


Selain itu, turut diperkenalkan di pasaran adalah sejenis cermin mata hitam yang menggunakan cermin polarized. Kelebihan cermin berkenaan adalah ia mampu melaras kemasukan cahaya dan silau membuatkan pemandangan menjadi jelas.

"Cermin mata polarized sesuai dikenakan semasa memandu di waktu malam, ketika hujan atau apabila pandangan kabur disebabkan jalan berdebu."Ada juga jenis cermin mata hitam yang direka khusus untuk kecantikan. 'Mirror coating' adalah lensa yang memantul cahaya dan kebaikannya, pemilik boleh menyembunyikan mata daripada pandangan yang tidak diingini," katanya.

Namun, apa juga kegunaan dan keperluan cermin mata hitam berkenaan, Chang menasihatkan pembeli supaya membeli cermin mata yang mempunyai pelindung UV bagi melindungi mata daripada sinaran cahaya matahari secara terus.

INFO:

  • Kaca mata hitam berbingkai kristal telus sinar antara rekaan bingkai yang tidak kurang hebat musim ini.

  • Cermin mata hitam berbentuk aviator adalah belian yang terbaik kerana rekaannya tidak lapuk dek zaman.

  • Ketika memilih cermin mata, pastikan bingkai di bahagian pipi tidak menyentuh kulit untuk mengurangkan tekanan di bahagian hidung.

  • Individu bertudung dinasihatkan memilih tangkai cermin mata yang lurus bagi memudahkan pemakaian.

  • Elakkan membeli cermin mata hitam di negara Eropah kerana rekaan bingkai khusus untuk fizikal wajah mereka dibuat melengkung manakala wajah Asia sesuai bingkai potongan lurus.

Tudung style


Selendang Syahirah

Aksesori seperti kerongsang mampu berikan ilusi wajah lebih sempurna

IKATAN tudung mampu mengubah gaya wanita. Seperti juga dandanan rambut, cara ikatan berbeza dengan tambahan aksesori khusus untuk wanita bertudung mampu memberikan kelainan pada muslimah yang suka bergaya.

Pemilik Butik Pengantin Muslimah Syahirah, Ismail Abdul Rahman, berkata pemakaian tudung boleh menutup kekurangan pada bentuk wajah pengantin.

“Seperti apa yang kami lakukan sejak 10 tahun lalu, pemakaian anak tudung yang dijahit sesuai dengan ciri wajah wanita tempatan menjadi rahsia kejayaan Butik Pengantin Syahirah.


Ismail juga melakukan perubahan cara pemakaian tudung dengan menggunakan bantuan sanggul rambut palsu selain kreatif menukar gaya ikatan mengikut perubahan musim.
“Semuanya bagi memberikan keseronokan pada pengantin bertudung kerana saya sendiri sedar, ramai pengantin wanita kecewa dan teringin bercucuk sanggul ketika berkahwin.

Tudung Jurai Gipsi

“Justeru, cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengubah persepsi terhadap tudung. Dalam pada itu saya juga mahu mereka tahu, peranan tudung sama seperti rambut dan cara ikatan tudung mampu merubah wajah ratu sehari,” katanya.


Wajah bulat dan bersegi

Pengantin wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala.

Kata Ismail, sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.

“Selendang yang dipakai tidak perlu dilipat di bahagian sisi wajah dan tarik bahagian tudung yang disemat pin berdekatan dagu bukan di leher. Dengan cara itu, bahagian rahang yang bersegi atau pipi yang berisi dapat disembunyikan.

“Aksesori seperti kerongsang juga memainkan peranan penting kerana pilihan kerongsang berbentuk runcing boleh memberikan ilusi wajah bujur. Pastikan juga lapisan hujung tudung membentuk V atau V senget di bahagian dada kerana bentuk runcing ke bawah boleh mempengaruhi bentuk wajah yang tidak sempurna kelihatan bujur,” katanya.


Selendang Syahirah

Selendang panjang boleh digayakan dengan pelbagai ikatan berbeza. Hujung selendang boleh dibentuk bulat atau V bertujuan memberikan ilusi bujur pada wajah bersegi, bulat atau dimensi pendek.

Langkah 1: Sarungkan serkup keras bersama anak tudung Syahirah dengan kemas.

Langkah 2: Letakkan selendang Syahirah, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat. Kemudian tarik hujung sebelah kiri membentuk V senget lalu disemat peniti di kedua-dua belah bahu.

Langkah 3: Tarik hujung selendang sebelah kanan membentuk V senget selari V pertama lantas disemat peniti bertujuan untuk mengemaskan ikatan.

Langkah 4: Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik.

Tudung Jurai Gipsi

Tudung gipsi sesuai pengantin berwajah bujur, bagaimanapun, pemakaian anak tudung Syahirah bersama sedikit rambut palsu membentuk sanggul tinggi di bahagian belakang kepala dapat membantu memberikan ilusi bujur pada pengantin berwajah bersegi atau bulat.

Langkah 1: Pakaikan anak tudung keras bersama sedikit rambut palsu dan lapiskan anak tudung Syahirah kemudian ikat kemas. Jika perlu, semat peniti di bahagian sanggul supaya ikatan anak tudung benar-benar kemas.

Langkah 2: Letakkan selendang, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat.

Langkah 3: Sematkan pin bersama peniti di bahagian sanggul kemudian hujung tudung dipintal membentuk lingkaran di bahagian belakang kepala.

Langkah 4: Letakkan aksesori juraian manik sebelum dipakaikan layah kembang payung dan tiara.

Wednesday, July 15, 2009

Nikah mutaah haram (petikan dr utusan online 15/07/09)

KUALA LUMPUR 14 Julai - Nikah mutaah adalah haram di sisi Islam dan juga undang- undang di negara ini, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan.

Beliau berkata, penjelasan mengenai pernikahan itu sering dilakukan oleh Jakim kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

''Penerangan itu dibuat melalui ceramah dan juga siaran radio. Namun, sehingga kini belum ada aduan mengenai pernikahan tersebut di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia semalam mengenai perangkap cinta lelaki Arab yang bijak memikat wanita tempatan tetapi selalunya ditinggalkan apabila mereka pulang ke negara masing- masing.

Selain itu, kehadiran lelaki Arab dalam hidup wanita tempatan menyebabkan ramai antara mereka berkahwin secara mutaah.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, Islam mengharamkan nikah mutaah kerana bertentangan dengan matlamat dan objektif perkahwinan.

Katanya, hikmah perkahwinan adalah untuk suami, isteri serta keluarga sehingga akhir hayat dengan suasana yang harmoni bukannya dalam tempoh tertentu.

Jelasnya, Nabi bersabda yang bermaksud:

''Berkahwin dan bernikah oleh kamu akan perempuan dan jangan kamu menceraikannya kerana sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak mahu dan tidak gemar lelaki (suami) dan perempuan (isteri) yang hanya berkahwin semata-mata kerana ingin melepaskan hawa nafsu dan kerana semata-mata bersedap-sedapan sahaja.''

Katanya, larangan terhadap nikah mutaah juga disebut dengan jelas dalam sabda Nabi yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya Allah SWT mengharamkannya yakni nikah mutaah hingga hari kiamat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan umat Islam di negara ini supaya bernikah mengikut hukum Islam dan undang-undang yang telah ditetapkan.

''Jangan mengikut budaya yang tidak sihat dan bertentangan dengan hukum Islam,'' katanya.

Renungan bersama...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran